Wednesday, May 6, 2009

Milk Or Choco??


Isu terhangat selain selsema BABI-ialah Mathemathic dan Science di ajar dalam English or Malay..

-Gua pun nak bg la pandangan sket..Ok,bg gua,peribadinya gua rasakan kedua-dua bahasa ini sangat penting dan sama pentingnya untuk di kuasai...Tiada yang kurang..Ianya ibarat sebatang pokok..Bahasa Melayu gua letakkan sebagai akar dan batang utamanya..Ini kerana dengan bahasa kebangsaanla kite bina jati diri serta identiti dan itu merupakan asas kita sebagai rakyat Malaysia..
Apa guna kita menjadi rakyat Malaysia sedangkan kita tidak menguasai bahasa kita sendiri..Apa yang kite nak beritahu pada rakyat asing tentang identiti,kebudayaan serta ciri2 kita pada rakyat asing?Apa warisan kita?Apa yang membezakan antara diri kita dengan orang negara lain? Takkan kita takda identiti sendir?Asik nak ikut dan tiru orang lain..haa..pikiaq la sendiri na..

- Bahasa Inggeris pulak,tak kurang pentingnya..Di dalam dunia yang mencabar sekarang,untuk bersaing,kite perlukan English yang baik..Bahasa Inggeris gua umpakan seperti dahan dan ranting pada sebatang pokok..Untuk membesar dan dan bersaing dengan tumbuhan lain di dalam mendapatkan cahaya,pokok akan mengeluarkan dahan dan ranting serta daun..Untuk pergi jauh,kehadapan dan maju,kita perlukan Bahasa Inggeris..Kerana bahasa Inggeris sangat meluas penggunaannnya sama ada di dalam serta di luar negara..Sebagai contoh, jika buka satu compay,untuk mencari pasaran global,kita perlukan untuk berkomunikasi serta memahami budaya dan juga bahasa asing..Jika tidak,kita akan terus menjadi " JAGUH KAMPUNG" untuk selamanya..

- Jadi di dalam sistem pendidikan,gua rasa perlu di teliti bagaimana nak memantapkan kedua-duanya sekali tanpa sebarang yang tertinggal.. Gua rasa, pengajaran math n sains dlm english kurang membawa impak yang besar..Ini kerana kedua-dua subjek ini hanya banyak bermain dengan term atau konsep sahaja..yang selainnya adalah nombor..jadi,ia kurang membawa kesan untuk mantapkan English..Apa kata jika kita biarkan math dan sains di dalam B.m..Kita alihkan pula perhatian pada subjek2 yang byk bermain dengan perkataan serta ayat seperti pendidikan Islam,pendidikan moral,Sejarah,geografi dan sebagainya untuk di ajar di dalam english..Ini mungkin lebih memberi kesan untuk penguasaan English.

-selain itu,gua rasakan untuk penguasaan english yang baik,ianya seharusnya tidak di tumpukan pada sekola semata-mata..Jika kita hanya tumpukan pada sekolah,mungkin akan mengakibatkan sistem pendidikan menjadi semakin kelam kabut..Ianya seharusnya bermula di rumah..Ibu bapa patut mendedahkan anak-anak pada kedua-dua bahasa pada peringkat awal dan cuba praktikkan..Ibu bapa patut tanam sifat suka pada kedua-dua bahasa ini..Ini kerana anak-anak menghabiskan masa lebih banyak di rumah berbanding di sekolah..Jika di praktikkan,anak-anak dengan sendirinya akan dapat menguasai bahasa2 ini..Untuk ibu bapa yang kuarang fasih B.I,jangan gusar..mereka boleh meminta bantuan sesiapa,ataupun belikan sahaja buku2 B.I yang ringan untuk bacaan anak-anak mereka...Selain itu,suratkhabar serta filem dari luar yang mempunyai pilihan dwibahasa juga boleh membantu anak-anak mereka..Jelas,kerajaan juga perlu mengambil kira kesedaran ibu bapa..

- Di sekolah juga,pelbagai cara lagi patut di ambil selain pengajaran di dalam english di laksanakan..Contohnya,banyakkan lagi aktiviti-aktiviti memperkasakan kedua-dua bahasa..Contohnya, "Bulan Bahasa Melayu" Zon Bahasa Inggeris dan sebaginya..Selain itu,biarkan urusan di kaunter2 pejabat sekolah dan koperasi di dalam bahasa inggeris..Kita mempunya banyak ruang dan peluang untuk di bangunkan luar dari waktu kelas..Usah hanya bertumpu pada pengajaran subjek sahaja..

- Jadi,ini lah pendapat gua tentang isu yang di bahaskan ramai ini..Kalau tersalah,maafkan..Kalau ada yang setuju, Alhamdulillah..yang penting,jangan yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran..pastikan kita dapat kuasai kedua-duanya..Gua pun sampai sekarang masih bertungkus lumus untu kuasai kedua-dua bahasa dengan baik..Semoga..

Ca Alip Bot!!!

2 comments:

Aziziorama said...

tabik bro.
gua memang respect pendapat lu.

memang lebat sangat asas kau.

banyangkan apa yang kit ada selepas 20,30 tahun akan datang?

lagu asli?

nak taknak kita memang kena balance kan kedua-duanya. Jepun boleh je berjaya. Mexico, Tahiland, Perancis, Sepanyol. Semua guna bahasa asal.

Semua neragra maju. Kita membangun nak pergi maju dah nak tinggal kan asas masa kita jadi negara dunia ketiga.

Biarkan English jadi bahasa pengantara dalam komunikasi seharian, tapi dalam pembelajaran,
mungkin bahasa melayu boleh diutamakan.

Walaupun cabarannya kita nie negara pelbagai bangsa =l

emi riquelmi said...

Tu la tu..Yang penting keseimbangan perlu ada..dan cara nak mantapkn bahasa tidak perlu hanya pada satu sumber sahaja..

Powered By Blogger

About Me

My photo
Cerita Dia,Kamu Dan Aku..Kita Himpunkannya Menjadi Satu..

Lalulintas Daa..