Saturday, December 13, 2008

Jimat Petrol??


Ingin jimatkan petrol anda? Bagaimana? Saya akan syorkan cara-caranya..Jangan berlengah,berminat sila hubungi saya..Pasti puas hati!!

Monday, December 1, 2008

18/12



SEMANGAT 18/12..

Ini bukannya sebuah parti politik..
Ia juga bukannya sebuah puak pelampau..
Tetapi ianya adalah sebuah kelompok bagi individu yang percaya dan berpegang teguh bahawa keputusan sebenar permohonan untuk program ijazah sarjana muda hanya akan di ketahui pada 18.12.2008 dan selepasnya...

Saturday, November 29, 2008

Takkan Hilang Melayu Di Dunia..


Ketuanan Melayu Di pertikaikan Lagi?Kali ini secara terang terangan oleh Timbalan Presiden dan Ketua Wanita parti komponen sendiri..


- Apakah maksud mereka terhadap konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan?Kononnya semua bangsa menyumbang membangunkan negara... - Apakah yang cuba di tampilkan mereka di dalam memakmurkan negara?Adakah dengan terangan mengeluarkan kenyatan seperti ini? -Mengapa Malaysia pada hari ini semakin ramai yang cuba mempertikaikan hak dan ketuanan Melayu yang sudah termaktub dalam perlembangaan?

Bagi gua,begini sajalah wahai pengkritik..

Usaha dan sumbangan terhadap negara perlulah ikhlas. Tetapi jika lu orang mengungkit sana sini,itu bukan sumbangan tapi paksaan..(Bila kiteorg ungkit,lu org pandai plak marah kan?kan?) Apakah setiap sumbangan yang lu org taburkan itu adalah semata-mata untuk mengejar impian dan matlamat lu orang untuk menghapuskan konsep ketuanan ini?Agar lu org boleh mengatakan bahawa setiap orang memberika sumbangan kepada negara dan konsep itu tidak relevan?

Adakah selama lu orang hidup dengan berkonsepkan ketuanan melayu ini lu orang di seksa serta di pijak sesuka hati?Selama kite merdeka,adakah lu orang di lantik sebagai kuli dan Melayu itu adalah tuannya?Adakah hasil titik peluh lu orang di rampas?Malah sehingga ke hari ini,Melayu sentiasa menghormati kepada lain2 kaum di negara ini.. Fahami dahulu apakah konsep ketuanan Melayu sebelum menidakkannya wahai bijak pandai..

Dimanakah sikap setiakawan serta perpaduan yang cuba di terapkan selama ini?Jika pemimpinnya yang cuba meracun kembali biji benih yang dah di taburkan.. kehilangan panduan?Apa yang cuba di ketengahkan untuk membasuh lumpur yang pernah terpalit?HuHu..

Gua hairan,kenapa pada hari ini terlalu ramai yang cuba bermain dengan api?Mungkin apinya sudah tidak marak seperti dahulu..Tapi jaga-jaga kawan,jangan sampai api itu menyambar kembali..JADI RENUNGKANLAH...Berfikirlah dengan lebih peka adn bijak di dalam menyentuh isu yang seperti ini.. Biarlah kita hidup di dalam sebuah negara yang aman damai tanpa sebarang pertelingkahan...Gua pun x kahwin lagi ni..

"Takkan Hilang ISLAM Dan MELAYU Di Dunia"

"Dah bagi betis nak peha plak dia..x dapat la bro.."

ca alip bot

Monday, November 24, 2008

Terpanassss!!!!!!!!


STATUS PERMOHONAN KELAYAKAN KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA SUDAH BOLEH DI SEMAK MULAI HARI INI?

SILA BERITAHU RAKAN : ) ...SEKIAN..

Thursday, November 20, 2008

Tercekup Sudah..



Ini adalah imej Abang-abang lanun Somalia..Bajet tak bersalah la tu..xdela ganas mana..



Akhirnya..sebuah kapal induk milik lanun2 Somalia akhirnya berjaya diletupkan dan di tenggelamkan oleh sebuah kapal perang India..turut di tumpaskan,dua buah bot pengiring lanun itu..Masa kejadian,lanun2 ni masih ade hati bg amaran kat kapal India tu and tembak dieorg lg..perghh..Tp kapal India tu bkn sebarang kapal kot..kapal perang tu..

Dengan penumpasan itu,di jangka kes2 samun lanun berkurangan kerana kapal induk itu adalah nadi penggerak kepada lanun2 tersebut beroperasi..yela,sepanjang tahun ni aje,da 39 kapal di hijack..apa rahsia kejayaan lanun2 ni?---->"There is no firm deterrent, that's why the pirate attacks are continuing,". "The criminal activities are flourishing because the risks are low and the rewards are extremely high."

Di harapkan,selepas ini lebih banyak pihak yang terlibat bergabung did alam membanteras lanun2 ni..Di harapkan kerjaan kite juga tak terkecuali kerana kita adalah salah satu mangsa..Yela,takut gak kan,hari ni kapal minyak di hijack,esok lusa kapal penumpang plak..

Ca Alip BOt



Gua ingat hujan sampai ke tengah malam..Tapi..Bila sampai tengahari, cuma tinggal gerimis je..Aduyaaaii...ape cer ni? Sedihla kalo jalan hidup mcm nih..Aisehman...Tp tak tau la napa hujan nak bhenti,...Mungkin jugak akan hujan balik pasni or mungkin bhenti selama-lamanya..

Wednesday, November 19, 2008

Jajahan Lanun...


Hari ini di laporkan sebuah lagi kapal tangki minyak di rampas oleh Lanun2 Somalia kat luar perairan Kenya..Kawasan ini sebenranya da mcatakan banyak kes yang sebegini..Boleh dikire sebagai Teluk Lanun la..Kirenya jugak,kapal2 yang lalu di sini awal2 lagi da bleh dikire sebagai 50-50 je nasibnya sampai ke destinasi or tidak..Dan kali ini,kapal yg mjadi mangsa,kapal tangki terbesar Arab Saudi.Jadi.....

- Sampai bila masyarakat dunia hanya mampu mendengar dan melihat kes mcm ni berlaku.

- Kenapa lanun2 ni terus menerus wat keje gila ni bagaikan tiada sape mampu menghalang
(hebat sgt ke dieorg tu)

- Takde ke plan tindakan kecemasan untuk kes2 mcm ni..

- Da bersiri dah,takkan lanun2 ni x dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan..

- Bende ni mlibatkan satu dunia,kerana Arab Saudi adalah pengeluar utama minyak.
(bagi kesan pada harga minyak yg org duk bising2 tu)

- Last skali, ha U.S,ni la masa lu nak bertindak..Menghapuskan kejahatan di dunia...

Monday, November 10, 2008

Saudaraku..


Pertama sekali,kite sedekahkan Al Fatihah kepada saudara-saudara kita yang telah pergi....( Imam Samudera,Amrozi dan Mukhlas..)Semoga roh mereka di ampunkan dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..

Mereka di jatuhi hukuman tembak sampai mati atas kesalahan mereka yang terlibat dengan pengeboman bersiri di Bali(2002) yang mengakibatkan 202 maut..



---------------------------------------------------------------------------------------------------
Bertindaklah menggunakan kebijaksanaan akal yang di kurniakan Allah agar Islam di pandang mulia serta suci oleh orang yang bukan Islam..Jadikanlah ianya iktibar..

Jika jihad memiliki tujuan mulia, maka cara melakukannya pun harus dengan cara yang paling mulia.Allah SWT berfirman.” Janganlah kamu melampui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.’(QS.Al-Maidah :87)

Thursday, October 30, 2008

Gua Loser??Takkanlahh...


Busan Tahap panda+Kekurangan wang+tahap kesihatan yang x menentu+malam susah nak tido+semester da nak abis+masalah peribadi+ada saman x bayar lagi+rumah sewa x dapat lg.....

- Ha..Inilah benda-benda nakal yang ligat berputar dalam sel2 neuron otak gua..
Akhirnya gua dapat gak analyze setelah hampir sejam gua berguling atas tilam bak cacing kepanasan...Lantas gua tercegat kat depan laptop Acer 4920 gua sesambil mengusap2 rambut gua..( tadi gua tgk cermin,rambut gua da seakan akan rambut pejuang Hizbullah da..)...Nak potong ke ha?

- Siang tadi gua dengan niat suci lagi murni pergi la ke Uitm induk..hajat di hati nak setel baik dengan pihak Uitm..( bayar saman)..Tapi malang,tiada jalan penyelesaian antara kami..sebab gua x di benarkan untuk bayar saman..Kakak bendahari tu kata dengan nada selambanya:

"Kat sini x boleh check..adik kene gi check kat Unit Keselamatan"sambil senyum simpul kat gua..

- Lu orang tau?huh..selamba badak je dia suruh gua gi unit kselmatan..Bagi gua,pegi ke Unit Keselmatan bersamaan dengan gua menyerahkan tengkuk gua kepada Pak Guard2 yang sememangnya laparkan rambut ikal mayang seperti gua sesambil menambahkan lagi koleksi saman yang sedia ade!!Ini sangat tak betul..Jadi,di pendekkan citer,prob gua x dapat setel lg..Tapi gua nak repeat!! huh2..

- Gua balik dengan hati yang panas dan lutut yang lesu...Gua bukak wallet,ade 10 ringgit je duit gua(termasuk duit Rm 2 yang gua sayang tuh..)Gua pun pantas telefon Bunda gua, "mintak suntikan modal sikit mak..."kata gua dengan gaya malu tapi mau..gua lapar..

- Balik ke Puncak,macam biasala..xde lah aktiviti yang berfaedah yang dapat gua lakukan..selain tido..yela,nak wat ape lagi?BUsan tau tak..LIFE GUA DA HILANG!!LOSER!!!

- Sejak kebelakangan ni gua susah nak tido malam..X tau napa..
Nak je gua telan pil..tapi itu tak senonoh namanya..
Takkan la gua seorang penghidap Insomnia?takkanla..
Gua tengok gua sihat je..Badan gua naik 2 kilo minggu ni..
Purata waktu gua tido skg ade la dari pukul 7 pagi hingga 2 petang!
Da macm kelawar da..Aktif di waktu malam.pasif di waktu siang..
Gua ingat esok nak gi shoppin la..Nak cari kostum Kluang man ke..Bat man ke..

- Gua sekarang da slalu demam plak ni..ish..risau,final da dekat..
Mintak tuhan elakkanla..Takut plak kene Denggi or Chikungunya(ejaan hentam nih)
Nyamuk Aedes da naik kepala kat negara kita skg nih..
Diaorg serang habis-habisan..Tak kira sapa..diaorg langgar je..
Dengar citer nyamuk2 ni da tak lut dek fogging sebab dieorg da kacuk dengan nyamuk lain..
Pandai gak dieorg kawin dengan bangsa lain kan..
Mesti nyamuk ni wat research gak kan?


- Semester da nak abis..gua mesti cari kerja dalam bulan ni..
Kalo xde keje,bertambah loser la gua nanti..
Rumah sewa pun gua x cari lagi..adeh..Mati tertekan mcm nih..
Tapi,apa pun,xpe..Baik gua tenang2 je skg..Wat mcm xde apa berlaku..
Baik gua pikir selepas segala benda da selesai...Tawakkal je la..

Ca Alip Bot!!

Dah Lama Dah..


Setahun 3 bulan..Lu orang rasa lama x?
Gua rasa satu tempoh yang lama tuh..
Dapat jugak gua bertahan..x pernah gua bertahan selama ni..
Walaupun jalan yang gua lalu ni semakin berbahang..
Tp mcm indah pulak bile di kenang...
Yang gua takut,gua tak tertahan dek panas tuh..
Jalan kat depan tu masih tak tahu ke mana..

Tuesday, October 28, 2008

Welcome Back! Diego..


BUENOS AIRES: Diego Maradona won crucial support in his bid to become the next Argentina coach on Wednesday when the man charged with finding Alfio Basile's successor threw his weight behind the World Cup winning skipper.

"I'd like Maradona to be the next coach," said Noray Nakis, the president of the Argentina Football Association (AFA) selection commission.

Basile resigned last week after a World Cup qualifying defeat to Chile.


-Haa..lu org kenalkan lelaki kat atas tu..bukan..itu bukan lelaki yang lu org slalu jumpa kat central market tu..salah..itu pun bukannya pak guard kat mid valley tuh..tu sebenarnya Diego Armando Maradona,,hero bolasepak Argentina..
-Alah..yang gila hebat tu..yang score pakai tangan tu..yang goal of century pun dia yang wat tu la..adeh,susahla kalo lu org tak kenal..
- Pas ni search la pasal dia k..terbaik..gua rasa dah tiba masanya Raja Bola ini kembali mengambil takhtanya..
-Kembali membawa tarian tengo ke atas padang..
-Siap ko Jerman..nahas ko Brazil..Habisla ko England...
-Biar dia tunjukkan kepada dunia tentang bagaimana untuk bermain bola sepak yang sebenar.. -Bola sepak bukan sekadar menyepak..

Thursday, October 23, 2008

Kawan+Rakan+Teman+Pasangan





Kenalan..Kawan...Teman..Pasangan... 4 peringkat di dalam perhubungan.. Gua rasalah....

Kite ade ramai kenalan... "aku kenal budak tu"
Tapi tak semua kenalan itu kawan..
"Aku kawan dengan kau dah lama"
Dalam kelompok kawan,ada yang lebih rapat..teman
"Jom teman aku gi jalan2"
Dan..yang lebih memahami serta mengerti...pasangan.


Gua rasa bertuah sebab gua di kurniakan ke4-4 kelompok ni...

Menjadikan hidup gua lebih sempurna dari hari ke hari..

Dengan menerima hakikat yang kite bukanlah hidup sendiri..

Harapan gua...Biarlah ia berkekalan sehingga ke akhir nanti..

Wednesday, October 22, 2008

Sebelah kaki dah..





Gua dah hampir sampai..
Segala kerja keras sudah di tabur..sebaik mungkin..
Hari ini segalanya seakan hampir ke destinasi..
Kami berjaya laksanakannya...
Terima kasih di atas pengorbanan dan usaha lu orang..

Tuesday, October 21, 2008

Dalam Masa 2 Minggu..




n




Ini adalah apa yang gua lakukan dalam masa 2 minggu..
Tiada apa yang istimewa..zaman remaja..

Hampir Ke Garisan


Pergh..Dah lama gua x update blog gua..
Gua bz..selepas raya byk kerja nak settle kan..
Presentation oh presentation..
Membuatkan gua x lena tido..
Tapi selera makan meningkat..
"ko da gemuk" bak kata kawan2 gua..

Hari2 amat meletihkan gua..
mental dan fizikal..
Masa, gua rasa cepat je blalu..
Tapi takpe,bekalan untuk hari tua..

Tapi gua rasa itu la yang seronok jadi student..
Sangat indah dan berkaler..
Busy tapi hepi..
Tertekan tp menyeronokkan..
Sesuatu yang tak tercapai bila kita dah bkerja..

Jadi,gua pikir,apa yang patut gua buat skg?
Mungkin tak bijak kalo gua telan pil..
Mungkin x hensem kalo gua terjun bangunan..
Dan mungkin tak cool kalo gua bakar Faculty..
Gua terus layan...layan dan layankan aje...
Gua nak enjoy apa yg gua rasa...
Sebab,kita belajar bukan untuk tekanan..
Kita belajar untuk hepi2 selalu...
So,apa lagi kengkawan...mari kita enjoy!!!

Sunday, October 5, 2008

Meriahnya Raye...( Part 2)


Sebahagian daripada keluarga


Sesi mengagihkan duit raya



Bermaafan la kite ye..


Macam pelancar roket pun ade..



Ketupat



Ikan, jadi bhn xperimen



Hasil pancingan



Abang Besar gua tgh kacau dodol



sebilangan dari padi yang ade



jalan masuk ke kampung gua










Meriahnya Raye...

- Family gua-
(Ade Sorang Lagi Abang Gua Sepatutnya)




Raya!raya!..Kepada umat islam,nampaknya kite dah menjenguk ke bulan Syawal..Dalam kata lainnya raya la tu..Lu org apa cer
Tahun ni mcm sebelumnya(tak penah ubah),gua raya kat kampung sebelah mak gua..(kesian ayah gua x dpt chance raya kat kg sendiri)...Kampung gua kat Kuala Pilah,Bandar Beradat..Atok gua memang asal sana,kire antara Otai la kat sana.. dia dah tunggu dah tu kat rumah seminggu sebelum..Bukan main xcited die walau pun raya yg ke 85 bg dia..

Gua dgn sedara samapi 2 hari sebelum raya..wat persiapan..Gua punya la teruja balik,hee..Sesampai je,hamparan padi menguning menjamu pandangan..dengan air kali nya..pergghh!!!tersentak jiwa nurani..Masyaalah,lawa tak terkata pandangan kat kampung gua..

Sesampai je,pakcik gua ajak gua gi memancing kat kolam Atok gua..(haa..atok gua ade kolam ikan tau,terletak di tengah2 sawah padi..besar gak,cantik lak tu..)Sesampai kat kolam,lagi sekali gua rasa lidah mcm bersalut keju lak...kelu tak terkata dek indahnya pemandangan..giler tenang..(gua terbayang kan, kalo lah esoknya gua ade exam,mesti gua leh score 101% dek ketenangan jiwa yg gua dpt..huhu,poyo!)

Hasil pancingan gua,gua salaikan selepas berbuka..perghhh..satu lagi keenakan duniawi..
Untuk pengetahuan lu org,Family besar gua memang amalkan sepenuhnya amalan tradisional semasa sambut lebaran..Kiteorg buat ketupat...(gua tgk je)..kiteorg bkar lemang..rendang..dan tak lupa dodol..ha,sampai pinggang gua nak kene Allignment balik ni sebab mengacau dodol..Bes giler walau letih..(lu org patut cuba dowh)..

Ha,pastu gua apa lagi...memberikan sokongan moral pada skuad junior untuk memercikkan sumbu bunga api dan mercun dieorg..hehe.."wat apa nak simpan2..bukan leh makan pun..nanti kalo simpan lelama dia takleh terbakar dah..ni la masanya korang nak berlatih jadi askar,tapi ingat,bukannya Taliban tau"gua cakap kat dieorg..

Menjelang rayanya lak..mcm family biasa..sume bersiap..gi semayang..gua pun bleh tahan alimnya..jgn lu org tak tau..balik semayang, sume sarapan..bersalaman..Da setel ,tibala masa untuk sesi fotografi lak..gua cam biasa la..gambar gua la yang paling kurang..sebab gua yang pegang kamera..Habis masa bersuka ria,tibala masa muhasabah diri dan mengingati yg telah pergi..Kiteorg gi melawat pusara sedara yg telah pergi..Al Fatihah...Gua lepak kat Kuala Pilah sampai tengah hari je..pastu balik kg ayah gua kat seremban je..

Jadi,tu la citer die tentang raya gua tahun ni...gua bersyukur dapat sambut lagi skali..Alhamdulillah..

Ca Alip Bot!!!!!!!

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Kepada Semua Umat Islam...Kepada Keluarga Tercinta..Kepada Saudara Dan Saudari..Kepada Kenalan..
Kepada Warga Dip. Masscomm Puncak Perdana..
Kepada Warga D408...

- Jika ada yang GUA tersalah perbuatan serta perbualan...Harap di maafkan..GUA akan cuba perbaiki..Jika ada yang GUA terhutang,harap di langsaikan..(Erm..ade ke?)

- Ikhlas Dari GUA..EmiRiquelmi

Saturday, September 20, 2008

No Way Out!!!!!!!!


Apa perasaan lu orang bila lu orang dapat panggilan dr org yang di sayang yang berbunyi:

"u,tolong i..i kene ragut.."
"habis duit i RM 400,hanphone baru,rantai emas.."
"dia sempat hentak parang atas kepala i"
"dia sempat senyum kat i sebel;um pegi..."
"i da jerit mintak tolong orang,tapi takde sapa yang datang tolong..."
"nasib baik dia tak apa2kan i.."

kesimpulan gua...

- peragut@perompak@penyamun tak ubah seperti anjing kurap,babi tunggal,anak haram,bangkai binatang...sampah masyarakat!!!!!!!!!Gua tak akan lepaskan lu!!!!

-kalau gua tak dapat lu kat dunia ni,gua biarkan lu menjawab dengan orang yg lu ragut di akhirat..

-gua pun x baik sangat,tapi jahat gua taklah sampai menderitakan insan lain di dunia...

-Sesapa yang setuju dengan gua,sila angkat tangan..Dan sesapa yang kurang setuju and rasa gua terlalu kasar,tak mengapa..tunggu sahaja giliran anda..Ca Alip Bot

Wednesday, September 3, 2008

Sinar Ramadhan....

Selamat menambut Ramadhan wahai muslimin dan muslimat..Tup tap,da sampai balik bulan pose ye..Kejap je rasenye..Rasanya baru je semalam gua semayang ari raye...Baru je semalam gua tolong abang gua abiskan mercun bola dia..Tak sedar mase berlalu..Harap2 kali ni lebih berkatla untuk kite...

Semalam gua bbuka 2 org je..huk2 sedihnya..
Gua dambarkan dapat buka reramai..tp xde rezeki lagi kot..
Gua berbuka dengan member gua je,Akim..Gua pandang dia,dia pandang gua..
Sho Shweeeetttt...huhu
Tapi takpe,nasib baik ade dia..Kalo tak termenung gak gua sensorang beb..haha

Hari ni plak,gua bbuka dekat petronas dengan sorang lagi kawan gua..hahaha
Apa punya pelikla tahun ni punya style..Beli kat bazar,pastu lepak kat petronas sampai berbuka..Tapi takpe,walau apa cara gua berbuka,yang penting gua x lepas dari tanggungjawab..Gua mohon agar Allah tebalkanla lagi Iman gua yang kian menipis nih..
Syukur..(tak sabar plak gua nak berbuka dgn family gua nanti..)
Ca alip bot..

Sunday, August 31, 2008

Powered By Blogger

About Me

My photo
Cerita Dia,Kamu Dan Aku..Kita Himpunkannya Menjadi Satu..

Lalulintas Daa..